Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.
SYARAT UPAH HAJI / BADAL HAJI
1) Orang yang hendak dikerjakan haji untuknya telah TIDAK berkemampuan mengerjakan haji kerana telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh yang menyukarkan pergerakan untuk ke Baitullah.
2) Orang yang mengerjakan haji pula TELAH mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.
3) Mengerjakan SATU haji untuk satu orang sahaja pada satu-satu tahun.
PERLAKSANAAN UPAH HAJI
1) Wakil mencari orang yang mengerjakan Upah Haji/Badal Haji dari kalangan orang dipercayai iaitu orang Arab berketurunan Patani, Para Tahfiz/ Pengajar dan Ustaz yang menetap di Kota Makkah Al-Mukaramah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan Haji dan Umrah.
2) Wakil akan menghubungi Pengupah setelah selesai, menyatakan tentang Badal Haji yang telah disempurnakan di Tanah Suci pada musim tersebut.
3) Sebagai tanda Upah Haji/ Badal Haji, wakil menyediakan tanda seperti SIJIL dan IRINGAN2 lain.
CARA
1) Dapatkan borang Upah Haji dari wakil anda dan lengkapkan borang tersebut
2) Borang hendaklah dikembalikan kepada wakil kami seperti yang tertera.
3) Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa lafaz akad
4) Sekiranya penyerahan wang dalam bentuk cek, lafaz akad akan dilakukan selepas cek ditunaikan.
5) Bayaran UPAH HAJI untuk seorang adalah RM 1,600.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Enam Ratus Sahaja). Bayaran ini meliputi satu upah HAJI dan satu upah UMRAH. Resit bayaran akan diberi.
Kepada waris-waris yang berminat untuk mendapatkan borang upah haji sila hubungi Ustaz Hasnol di talian 013-2113672 atau emel hasfatihah@yahoo.com.