Sunday, November 4, 2012

LELAKI YANG HINA

Lelaki yang tajam akalnya yang lebih logik fikirnya, seharusnya menggunakan kelebihan yang ada untuk mendidik wanita dan bukan "mengajar" wanita dengan pukulan dan kekerasan.

Suatu hari nanti lelaki sebegini akan dihadapkan di hadapan Allah SWT untuk menjawab setiap kesakitan yang dikenakan ke atas tubuh isterinya.

Isterilah yang melahirkan zuriatnya, tangan lembut isteri yang menyuapkan anak-anaknya. Tergamak dia memukul teman tidurnya sendiri. Sesungguhnya lelaki sebegini bukanlah lelaki mulia di sisi Allah SWT....





(Dipetik dari buku  INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA)






Friday, November 2, 2012

ISTIMEWANYA WANITA

Wanita itu diciptakan Allah sebaik-baik kejadian untuk menjadi pendamping lelaki.Mengisi setiap kekosongan hati lelaki yang sah untuknya.Wanita itu diciptakan secantik kejadian sesuai dengan fitrah hati lelaki.

Sifat lemah lembut, manja, penyayang dan semua kerenah yang ditunjukkan wanita adalah tanda kekuasaan Allah Yang Maha Besar. Cuma ada sifat tertentu dalam diri wanita yakni sifat keras hati dan degilnya, sifat pendek akal dan kurang fikirannya, sifat terlalu emosi dan banyak helahnya yang kadang-kadang mampu menggoncang kesabaran lelaki

Sifat-sifat ini bukan tanda kelemahan wanita, tetapi senjata yang Allah kurniakan untuknya tatkala dia memerlukannya...

(Diambil dari buku Indahnya Hidup Tanpa Derita karangan Noor Laila Aniza Zakaria)



Tuesday, December 7, 2010

MENCARI KECEMERLANGAN HAKIKI


"KEPUTUSAN UPSR 2010- Seramai "48,327 calon UPSR mendapat keputusan cemerlang semua A tahun ini, meningkat 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lepas. - BERNAMA"

Berita ini menyebabkan saya terketuk minda untuk bertanya "Apa itu cemerlang?"dalam bahasa Inggeris, cemerlang bermaksud excellence.Di dalam Kamus Dewan (Edisi Baru,cemerlang bermaksud "bersinar(bercahaya) dengan terang sekali,berkilauan,gilang gemilang,keputusan yang sangat baik..

Jesteru,mengapa pelajar-pelajar ini dikatakan cemerlang?Selepas saya berfikir beberapa ketika, saya mendapat satu jawapan,Mereka dikatakan cemerlang kerana mereka melepasi piawaian yang ditetapkan ke atas mereka dengan baik.siapa yang menentukan piawaian ini?Pihak-pihak tertentu di Kementerian Pelajaran.Jersteru,kecemerlangan dapat diertikan sebagai keadaan melepasi suatu piawaian yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat baik.Tahniah kepada mereka yang cemerlang ini.

Namun,kecemerlangan seumpama ini bukanlah segala-galanya.Saya pernah terbaca satu kes "Pelajar Sekolah Biadap dengan Guru" Kes ini berlaku pada 2 Ogos tahun 2010.Kes ini bukan sesuatu yang pelik dan nak kita hairankan tetapi lihat sajalah akhlak anak-anak sekarang..ada yang melawan kata-kata ibubapa, menderhaka pulak, mencuri duit ibubapa, ponteng sekolah, melepak, merokok, membuli, dan sebagainya..Ada yang sesetangahnya ditangkap oleh polis kerana mencuri, berbuat maksiat atau merempit.Lihatla pulak pakaian-pakaian mereka yang tidak menutup aurat, seksi, dan meniru artis-artis barat mahupun tempatan.Mereka ini sesetengahnya ada yang cemerlang dalam pelajaran tetapi bagaimana mereka boleh melakukan keadaan sedemikian?Ini kerana kalimat "cemerlang" dengan "keruntuhan akhlak" mempunyai nilai yang berlawanan.



Isu ini menunjukkan kecemerlangan yang dicapai di dunia ini, samaada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan,perindustrian, hiburan dan lain-lain, hanyalah kecemerlangan jangka pendek yang sempit berbentuk sementara.Ia bukan kecemerlangan hakiki.Malah, kadangkala kecemerlangan dunia ini memperdayakan manusia seperti yang berlaku kepada Qarun.Dia terpedaya dengan kekayaan dan harta benda sehingga akhirnya mendapat kutukan daripada Allah seperti yang tersebut dalam Surah ASY-SYURA ayat 36 yang bermaksud:"Maka sesuatu apa yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada disisi Allah adalah yang lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertawakkal pada Tuhan mereka"

Jesteru apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan hakiki?

Kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan "KEMUNCAK" yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu.Islam membicarakan berkenaan kecemerlangan "KEMUNCAK" ini dalam surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud:

"Tiap2 jiwa akan merasai mati,dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimaukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung.Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan(ghurur)"

Justeru, kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan oleh Allah. Walau bagaimanapun, Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia kerana ia juga mempunyai kepentingan.Namun, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.Imam Ghazali, di dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab syukur, apabila membicarakan berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat berkata, "Ciri-ciri kebahagian di akhirat (yang tidak ada di dunia ) boleh dibahagikan kepada empat. Pertama, keadaannya kekal abadi, Kedua, kegembiraan berkekalan, Ketiga, tidak wujud lagi kejahilan selepas itu, Keempat, tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu"

Benarlah kata Nabi,"Kesempurnaan nikmat adalah memasuki syurga"
Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi.

Oleh kerana syurga adalah milik Allah, jadi piawaian bagi memasukinya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.Justeru Umat Islam dapat mengetahui piawaian ini melalui Al Quran.Umat Islam bukan sahaja sekadar membaca Al Quran, malah Umat Islam perlu mentadabbur, menghayati dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian kita.Hanya dengan mengikut formula Al Quran sahaja dan dibantu oleh Sunnah, Umat Islam akan cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat.

SEKIAN.....SELAMAT BERAMAL.....