Korban / Aqiqah di Kemboja





Kelebihan Ibadah Korban:
Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar.

Hadis-hadis tersebut di antaranya:
"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami ini". (HR.Ahmad dan Ibn Majah)

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Kesimpulannya :

Kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antaranya ialah:

Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
Bulu-bulu binatang yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.
Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:

Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.
Melahirkan sikap penyayang.
Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.


Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti.





1. Lembu : RM250 = 1 bahagian.

2. Kambing ; RM500 = 1 Ekor.

Kenapa perlu korban atau Aqiqah di Kemboja??? :



Bagi membantu umat islam di Kemboja yang hidup dalam serba daif dan kekurangan dari segi keperluan asas makanan, tempat tinggal, pendidikan dan sosio-ekonomi. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan untuk meringankan beban saudara islam kita di sana. Kami berkhidmat tanpa mengambil sebarang keuntungan, hulurkanlah bantuan anda seikhlasnya, semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan sebagai bukti cinta dan kasih kita sesama ummah. Salurkan sumbangan bantuan anda melalui saya.

Semoga usaha murni ini dirahmati Allah.

Amin Yarobbal alamin.